SELAMAT DATANG KE BLOG NAURAS NIAGA


Blog ini diwujudkan untuk penulis berkongsi dengan para pembaca tentang aktiviti perniagaan, produk-produk bermanfaat dan tips-tips berkaitan pembangunan diri sebagai usahawan.


Perniagaan merupakan pekerjaan yang terpuji dan merupakan sumber rezeki yang sangat berkat jika dilakukan dengan jujur dan mengikut panduan yang ditetapkan oleh agama Islam.


Ramai para nabi dan rasul merupakan ahli perniagaan. Nabi Muhammad SAW merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Baginda mengikut Abu Talib berniaga semasa kecil dan menjalankan perniagaan Saidatina Khadijah ke Negeri Syam.


Ramai para Sahabat RA juga merupakan ahli perniagaan bertaraf jutawan. Antara mereka ialah Abdur Rahman bin Auf, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin Affan dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk membantu membangunkan agama bersama Rasulullah SAW.


Rasulullah SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” [Riwayat al-Tirmizi]


Besarlah harapan penulis agar nanti kita semua dapat bersama para nabi dan rasul dengan sebab melaksnakan sunnah Rasul menjadi ahli perniagaan yang jujur dan amanah.


Semoga blog ini memberi manfaat kepada pembaca semua.


*Nauras dalam bahasa Arab bermaksud burung camar

Comments